♥LOVELY Followers ♥

Wednesday, April 13, 2011

85 # : MC Majlis Perkahwinan

Hye darls,

Hari ni Syafa nak berkongsi pendapat dengan semua darling kesayangan Syafa. Di Majlis Berbahagia kita, selalunya kita akan sediaka halwa telinga untuk para tetamu kan? Tetapi jangan kita lupa dengan MC Majlis/Pengacara Majlis n Pembaca Doa.

Baju Purple(MC Majlis aka my adik), berkopiah putih Tok Lang Syafa( baca doa),hujung berbaju oren(Dejaay)

MC majlis berbeza dari dejaay ya. Lebih formal, cara bercakap pun penuh adab tatasusila.bukan dilaung laung seperti di pasar, or tapak expo.Majlis perkahwinan kita penuh dengan adat( dari kad kahwin walimatulurus, cara menjemput saudara mara , kawan2 dari pintu ke pintu).
Seeloknya kita titik beratkan orang penting ini.Sememangnya orang penting ini kita tak nampak,tapi suaranya sedikit sebanyak akan beri kesan pada sesuatu Majlis.

Selalunya PA system datang berpakej dengan DJ. Betul, tapi kita bole ubah. biarkan DJ hanya putarkan lagu.( lagu dari list yang kita sediakan). Untuk announce kedatangan Raja Sehari, menjemput tetamu makan, meng-announce setiap acara dalam Majlis kita..biarla penuh tatasusila.

If kita bole sediakan bajet untuk flower girl sampai 3 4 orang, dayang bawa hantaran sampai 8-10 orang. inikan pula MC majlis kan?i.Allah bole kan? No offense..ya sekadar memberi pendapat. ^__^
If tak berkemampuan bole juga memilih MC dikalangan orang tua didalam family. Just nak announce perkara tertentu saja. Di ulangi perkara tertentu sahaja. tetapi akan meninggalkan kesan mendalam.

Skrip tak da? jangan risau, ramai bride yang sudi share skrip MC mereka terdahulu. Dalam tenet pun bole download. B2b kena kreatif kan?hehe. ^__^

Ni Syafa sediakan link skrip MC yang sempat Syafa google. Bole kita tuka sikit2 ikot kesesuaian Majlis kita sendiri.


Juga jangan dilupa ya pembaca doa dalam majlis kita.I.Allah majlis perkahwinan lebih dirahmati Allah swt. Pembaca doa kita bole pilih orang tua2 dalam family, atau pun ustaz (bole minta parent bantu settlekan).If berkesempatan sediakan juga Marhaban.

Syafa ni kejap MC laa kejap pembaca doa laa, marhaban lagi.huiish lari timing!Risau flow pada hari Majlis? Ok Syafa share serba sedikit flow Majlis Perkahwinan Syafa (Majlis siang hari) sebagai rujukan.

Flow Majlis Perkahwinan Syafa

(tertulis didalam kad waktu kedatangan tetamu ke dewan MPSP Bertam 12.30 - 5.30 ptg )

11.50pg Bacaan yassin ( untuk arwah ayahanda Syafa n arwah2 seluruh muslim)
12.15tgh Marhaban ( sehingga kedatangan Raja Sehari )
1.00 ptg Ketibaan Raja Sehari 
1.30ptg Sanding & Bacaan Doa ( kena timing, elok2 ja masuk azan Zohor)
1.40 ptg Merenjis (Family)
2.00 Makan beradab
2.30 Potong Cake
2.45 Sesi bergambar ( Mula dengan family, then kawan2)
3.45 Royal walk (Pengantin bole turun jumpa dengan kawan2, n solat)
5.00 Pengantin beredar untuk solat Asar n sesi outdoor
5.30 Majlis tamat ( kemas2)

--kami memilih untuk bersanding seawal jam 1pm supaya, dapat peruntukan time untuk solat,sesi bergambar n bersua yang lebih panjang dengan semua tetamu n yang penting bertolak awal untuk sesi outdoor) ^__^

Seleksi lagu macam mana pula? Kepada b2b yang masih tercari lagu untuk Majlis Perkahwinan.Tak mau lagu yang diputarkan oleh DJ? ni Syafa sertaakan link Halwa Telinga Perkahwinan boleh click sini . Dalam link tu bole download terus ya ^__^

Renung renung kan

Till then,
xoxo

2 comments:

lind said...

thx for sharing! nak try buat mcm ni gak. tp kena byk bincang dengan family

KHAIRI KHAIRUDDIN said...

Assalamualaiku. Komen terbaik. Sbg Pengacara Majlis Perkahwinan, 'uncle' setuju. Tk.