♥LOVELY Followers ♥

Sunday, January 16, 2011

59 # :Persiapan sebelum hari bahagia

Hye darls,

Agak kelam kabut suasana dirumah Syafa sekarang.Persiapan makin giat dijalankan.Tido pun 3 4jam je sehari huhu.Hopefully 2 3 hari before wedding rutin tido kembali normal.kalu tidak panda eyes laaa jawabnya.huhu~

Ok Syafa nak share checklist from one of bride blogger.Syafa minta maaf sangat2 tak ingat link darling ni.Syafa simpan checklist ni before blog ni wujud.haha lama tak lama!Credit to her checklist...sangattt bagus!Syafa ikot satu2 semua yang ada dalam list ni.Tambah apa yang patut untuk myself.
Meh tengok meh:-


3-1 minggu sebelum majlis
-Rawatan pra-perkahwinan di spa rawatan kecantikan agar kesihatan berseri pada majlis kelak.
-Jaga amalan pemakanan anda,lebihkan sayuran dan buahan serta banyakan minum air.Elak makanan berminyak dan  berlemak.
-Pastikan semua persiapan majlis telah siap sepenuhnya termasuk hiasan bilik pengantin,ruang akad nikah dan jamuan susulan.
-Pastikan segala barangan atas dulang hantaran telah siap terkumpul di suatu ruang khas di dalam bilik kecuali cincin dan
 barang berharga yang lain.
- Pastikan pakaian pengantin anda telah siap diambil dan berpuas hati.
-Ingatkan semua orang yang terlibat dalam majlis anda seperti kadhi (upacara akad nikah) pengapit pengantin,pengiring  
  kanak-kanak kumpulan kompang.
- Amanah seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
-Pastikan sudah memilih gaya rambut/tudung yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda
-Ingatkan jurusolek-jurudandan akan temujanji majlis anda.
-Ulangi jemputan kepada jiran-jiran berhampiran

3-1hari sebelum majlis
-Pastikan semua persiapan majlis berjalan lancar seperti khemah dan pelamin telah siap di pasang pihak caterer menyediakan segala hiasan dan kelengkapan jamuan.
-Banyak berehat dan cuba tenangkan fikiran dalam bilik dengan mendengar muzik santai dan berada  dalam suasana harum
- Mula tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
- Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang,gunting kecil,jarum peniti,keronsang bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan
- Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
- Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
- Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Hari Majlis pernikahan
-Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
-Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
-Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
-Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
-Cincin / gelang tangan / rantai.
-Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
-Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
-Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
-Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda

Hari Majlis Perkahwinan
-Bangun awal dan lakukan sedikit gerakan rengangan sambil menarik nafas perlahan-lahan dan hirup udara segar pagi
-Pastikan anda bersarapan pagi kerana anda memerlukan tenaga untuk menjalani hari bersejarah ini.
-Tenangkan fikiran dengan mendengar muzik berirama perlahan dan sembur atau semarakan suasana dalam bilik dengan bauan harum sambil diri anda ditata rias.
-Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
-Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
-Nikmati keseronokan bergelar Raja Sehari biarkan diri anda dilayan bagai Puteri.
-Lemparkan senyuman manis anda pada setiap mata memandang. d ^___^ b


Love,
Syafa

10 comments:

lovelyadibah said...

Owh..selamat pengantin baru syafa!

Q said...

mesti nervous kan??can't wait to see u live!!hahah

K.I.N.A said...

goodluck syafa!..cool n steady..hakikatnye..Allah sja yg tahu kn..

nizabeba said...

tiktok tiktok..hehe..gud luck dear!!

Yours Truly said...

Selamat pengantin baru to u!
Can I share this info to my blog too?
:D

CikSyafa said...

adibah: terima kaseh my dear..mmuuaahx ^__^

CikSyafa said...

Q: haha kan? darah gemuruh dah ni. I also cant wait to see U ^__^

CikSyafa said...

K.I.N.A: thankx K.I.N.A, doakan semua berjalan lancar..aminnn :)

CikSyafa said...

nizabeba: Thank you..mmuuaaahx :)

CikSyafa said...

Yours Truly: of course u can.. sharing is caring :)