♥LOVELY Followers ♥

Tuesday, January 4, 2011

53 # : Surat akuan bujang & Legal document

Hyee darls,

Entry kali ni Syafa share tentang legal document yang perlu ada untuk urusan kebenaran kahwin;

Ada step2 ya :
1.Dapatkan borang kahwin dari pejabat agama negeri masing2.sila rujuk entry ini
2. Pastikan sudah mengikuti kursus kahwin(mempuyai sijil)
3.Pastikan ujian HIV telah dibuat.(di hospital/klinik kerajaan sahaja) sila rujuk entry ini
4.Pastikan bakal suami telah mendapat surat akuan bujang

Contoh :-


LETTER HEAD – KEPALA SURAT (NAMA SYARIKAT ANDA BEKERJA)

No rujukan:
Tarikh:
Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam, JAWI
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur
TEL: 03-22749333

Tuan,
PER: SURAT AKUAN BUJANG

Kami menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas, bahawasanya SI POLAN BIN SI POLAN No kad pengenalan; 777777-14-7777, bekerja di syarikat kami sebagai Finance Manager.
Mengikut rekod di Syarikat kami, SI POLAN BIN SI POLAN masih BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.
Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas.

-------------------------------
NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai
--------------------------------------------

5:Pastikan bakal suami telah mendapat kebenaran kahwin luar kawasan.(proses ni perlukan 7hari bekerja)
 6 :Kemudian kita bole isi borang selengkapnya.sila pastikan semua dibawah sudah tersedia ketika membuat urusan penghantaran borang nikah:

Legal document checklist
-- 3 salinan kad pengenalan pemohon - size A4
-- 3 salinan kad pengenalan bakal suami -size A4
-- Isi borang kahwin selengkapnya dengan tanda tangan pemohon & wali
-- Tanda tangan pendaftar/imam
-- Status pemohon ditanda oleh pendaftar/Imam
-- Borang keputusan Ujian HIV dari klinik kesihatan
-- 3 salinan sijil kursus perkahwinan & asal
-- 3 salinan kad pengenalan wali& sijil kelahiran asal wali
-- 3 salinan & sijil asal kematian wali (jika ketiadaan bapa)
-- 1 salinan & surat asal kebenaran berkahwin dari pihak lelaki
-- 5 keping gambar ukuran passport pemohon & bakal suami (bersongkok hitam)
(yang kaler biru tu untuk lelaki ye)

Tips : ** pergi awal pagi ke pejabat agama (urusan lebih cepat,orang tak ramai)
         ** pastikan semua dokumen lengkap. supaya tak berulang kali pergi ke pejabat agama.
         ** berpakaian sopan,berselendang/tudung.<<bagi perempuan
         ** berpakaian kemas, jangan seluar jeans terkoyak/ketat.rambut kemas.baju tak da gambar2 
              pelik.(lebih elok pakai casual)
         ** masa jumpa pendaftar, sila bagi salam. kalau dia tak bagi duduk jangan kita duduk.
         ** nak masuk jumpa baca laa doa sket2 ..hihi minta permudah urusan.
         ** bersedia disoal jawab/interview. << jangan nerveous ok ^__^

Untuk maklumat lanjut boleh ke web http://jaipp.penang.gov.my

Hehe tu je...jangan nerves ok! Syafa mula2 takot gak.Punya laa baca buku yang derang bagi masa kursus kawen.Bab tanggungjawab selepas kahwin,Talaq..ect.
Tup tup, Ustaz tu just minta Syafa selawat, istighfar, n mengucap dua kalimah syadah. 
Haha buat suspen betol! :P

------sambungan step2 diatas

7 :Lepas interview, bawak borang tu ke kaunter.
8: Derang akan proses kena bayar RM5
9: Perlu tunggu 7 hari bekerja dah boleh amik borang kebenaran kahwin.
10:Kemudian bawa borang tu bagi kat tok kadi yang bakal menjadi kadi pada hari majlis kita.(tanya kat org kaunter no hp tok kadi.)
11: Call ingatkan tok kadi date akad nikah seminggu sebelum kahwin, n sehari sebelum kahwin
12:Tu je ^__^

Kemarin,dah amik borang kebenaran kawen  kat pejabat agama.

Yippiey seronotnyaaa! mama cheq dah bole kawen ^__^  buat shuffle. haha!

Till then,
xoxo

13 comments:

LittleSunshine said...

thanks for info...sgt suka....suka n suka... =)

makcik rokiah said...

wahhh...time kaseh ingatkan :)

eyanne said...

borang kebenaran kawen sy pn siap smlm gak! :)

~LeeyanaRadhi~ said...

seronot naa syafa...hhehheh..insyaAllah sebulan lg tu..tarikh tu nnt leeyan g perak,classmate kawen... :p

Dita Lolita said...

tq for sharing dear.. :)

MiEzA said...

syafa - miza kongsi pgalaman sket masa miza nikah last week.
ayah lupa amik no fon kadi. pg nk nikah br p cr balik kadi nk remind kata nikah miza tgh ari tu tp tgok2 kadi da terpacak tgu kat masjid.
miza lom siap mekap. family laki lom sampai.
smua bnda jd tunggang langgang pastu.
bekas cincin tertinggal la. ada family xdan tgok nikah la. dan encik suami xdan nk rilekskan diri.
nasib dan contact OP ms ngah mekap suruh tgu kat masjid trus.
tp alhamdulillah smua setel pas tu..

byk nye miza komen.. :-)
sorry laling

CikSyafa said...

sunshine: hehe i pun suka ^__^

CikSyafa said...

cik kiah: sama2 kasih ^__^

CikSyafa said...

eyanne: waah cheq pon dh siap ka?yippey kita bole tawen ^__^

CikSyafa said...

leeyana: tenkiu my dear, hehe sronot pun ada nebes pon ada..haha tak sabar nak settlekan cepat sebenarnya :P

CikSyafa said...

dita: ur r most welcome my dear!muaaahxx ^__^

CikSyafa said...

mieza: waaah tenkiu for the info.mmg kena ingtkan tok kadi kann.huhu akan inform family jgn lupa call tok kadi.

cheMissy said...

surat kebenaran kahwin luar kawasan tu macam mana?