♥LOVELY Followers ♥

Saturday, December 18, 2010

47 # : Penangnite alert gangguan air 28 Dec!

Hye peeps,

Info buat semua yang berada di Penang..bagitau awal2 entry amat panjang...n kat bawah sekali Syafa selitkan tips2 berguna untuk semua ^__^


GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.
Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.

Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.


"Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.

Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.

"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.

Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.

Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.

Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi
Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. -Bernama

 sumber bharian

----------------------------------------------------------------


Tips2 dari Syafa untuk harungi hari kejadian

**kalu bekerja, bagi ja alasan..saya dok Penang..ulang alik ni.umah tak da air..so tak bole mai kerja.
** yang bercuti skolah ,bawak kain baju cuci baju kat Sungai, Air terjun..laut! haha Penang kan keliling laut.
**time ni bole pegi bermalam di umah mertua,bagi laa alasan pada En Tunang, ermm ai amik cuti hari ni nak belajar masak ngan mama u.haha mesti terharu En tunang tu..
** kalu duk apartment/kondo sila laa menyimpan air( kalu yang kecil bole istinjak...yang besau?huhu)
**time ni sesuai untuk distribute kad kawen! bawa sekali baldi kosong..bole collect air dari jiran sorg sket.
** bole jugak bawak family gi mandi kat kolah masjid..hehe bole?

Haha...tipu je semua tu,nak ikot pon bole jugak :P

p/s Syafa dah beli tong air besau kat mama,untuk simpan air,kot2 emergency.Air tangki i.Allah cukup untuk satu family kot hehe.

Till then,

xoxo

3 comments:

lovelyadibah said...

hahaha~..kelakar la u nie syafa :) ada k nk mandi kolah masjid..LOL!

seb baik kat penang je..kalo kt selangor ,dba pun kena beli tong air gak :)

MiEzA said...

miza keje ritu.. tp keje mlm. dan la. kul 7 air ada dah.

babyarisha said...

alasan no.3 tuh mmg menariks hati ku.. (nasib le parent encik partner dok jauh di selatan)